Monday 19 August 2013

DIARY 9: KEEP CALM AND DO ALL THE ASSINGMENTS ;)


Assalamualaikum semua,

Tatkala ini, banyaknya tugasan yang perlu dilaksanakan. Nak kena hantar assingment, nak kena present itu ini, nak kena hantar action research, nak prepare untuk viva nanti, nak study untuk kuiz lagi dengan kelas gantinya dan banyaaaaakkkk lagi :'(




Apabila kita jatuh kerana manusia,
Bangunlah kerana Allah,
Allah adalah segala-galanya bagi kita,
Dia sebaik-baik pelindung,
Dan Dialah sebaik-baik pemelihara.


Ya Allah, permudahkanlah urusan hidup kami.
Dunia dan akhirat.
Semoga Allah memberkati segala yang kita lakukan.
Amin~


Wednesday 14 August 2013

DIARY 8: HAPPY NEWLY WEDDING AINA & APIH



Baca title post kemain omputih! tup tup isi kandungannya lam bahasa melayu
hakhakhak! ;)


Ha! Dah tengok gambar aina kawen belom? Cantik-cantik kan? Rugi tau tak datang! hehek. Saje je nak buat jeles semua orang. Pengantin memang super duper cantik, pelamin cantik, tempat makan pun cantik, hantaran pun cantik, makanan pun best-best dan banyaaaaak sangat! :D


SELAMAT PENGANTIN BARU AINA & APIH

 SEMOGA AINA DAN APIH BAHAGIA SAMPAI SYURGA

بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
 Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”

*semua kena tadah tangan dan cakap amin..amin...*
Tak rugi pun kita mendoakan kebahagiaan orang lain, malah Allah SWT akan merahmati kita nanti. Baik hati ibarat emas dalam jiwa.
 
Hari tu, aku bangun pepagi buta sebab fazreen cakap nak pergi tengok aina akad nikah. Pagi tu la jugaknya nak iron baju, pagi tu jugak la bungkus hadiah. (eh2! Haritu bagi hadiah kat aina lupa nak tulis nama pulak). Bila fazreen msg dah sampai, mula la kalut cari itu cari ini. 


Sampai umah aina, aina tengah mitap2! Yang mitap aina nama dia ekin. Muda lagi tau . Baru 23. Dia make up sangat cantik. Nampak macam natural je. Plus aina memang dah cantik. Hehe.

Akad nikah bermula jam 9 lebih camtu. Aku kagum giler, pengantin cool yang penah aku jumpa. Aina tenang dan alhamdulillah majlis akad nikah berlansung dengan lancar.



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Aina dan Apih sah menjadi pasangan suami isteri.
















ouh tak ketinggalan juga,
Selamat Pengantin Baru Kak yam dan suami
Selamat Pengantin Baru Kak dya dan suami
Selamat Pengantin Baru Kak Aifaa dan suami
Selamat Bertunang Anis dan Faizal
Selamat Bertunang Kak Dila dan Farid
Selamat Bertunang Hidayah Maznan dan pasangan

next?next?

Friday 2 August 2013

DIARY 7: BILIK KU KESAYANGAN KU

Assalamualaikum

Hi uols. Apa khabar? Sihat x? Puasa x? :p Time ni semua sibuk tengah kemas-kemas barang nak balik kampung kan? Aku je la kot menghadap ke laptop tak buat apa-apa. Dah siap kemas barang semua. Perhhh! Punya lah eksaited nak balik kampung halaman!

Tak sabar sangat nak balik beraya. Balik kampung! Ho Ho Ho Balik kampung! Ho Ho Ho Balik kampung! Hati girang....eksaited kemain lagi, padahal esok nak kena drive 8JAM. Plus minus tidur tengah jalan tak tahu la sampai pukul berapa nanti. Janganlah driver down. =.=

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan. Selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik.


*Doakan ye kawan-kawan*

okay tutup cerita balik kampung.
sambil tengok bilik sekarang yang suram. tak warna warni lansung. tahun akhir lah katakan.
Bilik kat maktab ni merupakan tempat yang paling indah yang paling bahagia. Aku suka hias bilik ikut tema. Contohnya sem ni mood nak warna pink, so satu bilik warna pink. Sakit mata jugak tengok. Kalo mood hijau, satu bilik hijau. Bilik yang aku hias bukan cantik sangat pun. Tapi itulah kot hobi aku...bertepatan dengan makna nama yang suka akan keindahan. kih3!Perasan satu minit :p



ini katil kalo tidur rasa macam taknak bangun. kena surat salah laku ni kalo hep tahu sebab amik 2 tilam. haha. ramai je pun amik. untuk keselesaan bersama.


ini meja tulis. menulis la sangat. kalo rajin duduk atas kerusi buat esemen, kalo lagi lagi rajin, duduk atas katil. boleh buat 2 kerja satu masa. ZzZzZzZzZ!

barang dalam bilik semua pink! ada je warna lain. kalo semua pink, memang kena tambah power spek silau ni. hehek. kura-kura tu tak pernah pun bergerak. sampai hari ini pun :)
ini lukisan sangat cantik. kita simpan baik - baik lagi. gambar ni siti kawan kita kat matrik yang lukiskan untuk kita masa tau kita nak pindah. cantik sangat siti lukis. macam siti ;) rindu nya kat anis, siti, asilah, halwani, ela, ekin, qisya, wanny dan kawan-kawan matrik yang lain.
kat dinding mesti kena tampal gambar mak ayah, adik-adik. baru bersemangat sket. keh3. padahal buat ubat rindu. kalo muka macam nak nanges, terus tengok gambar.dapatlah lepas rindu.




sekian.


gaya over daripada peminat pink :D



sebenarnya ni bilik masa dulu. sekarang tak sempat hias apa-apa. sempat tidur pun dah alhamdulillah :)

Thank you for reading! Do always coming ^_^