Saturday 15 March 2014

Dulu Benci Sekarang Suka

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!


Haaaa...dah bangun tidur ke belum ni? anak dara teruna tak elok bangun lewat-lewat tau! cepat2 bangun!
 Hehe.

Semua orang mesti pernah alami situasi macam ni kan kan? 

Kadang-kadang perkara yang kita benci sangat, lama-lama kita akan suka dan kadang-kadang perkara yang kita suka sangat, lama-lama kita akan jadi benci.

Betul betul betul (upin ipin sangat mak jemahh)

Beberapa tahun yang lalu, aku merupakan seorang anak sulung perempuan yang sangat-sangat-sangat-sangat dan sangatnya tak suka memasak. Masuk dapur cari makanan rajin sangat, bukak peti ais lagi la rajin, tapi kalo nak suruh pegang senduk, sudip, kuali kiranya memang tak laaaa. Sampai kadang mak aku risau pulak takut nanti sampai ke besarnya tak pandai masak. Alahai...goreng telur boley la. Tu pun tak menjadi sangat mata kerbaunya. Nasi goreng apatah lagi. HANGIT!

 Macam mana nanti jadi isteri orang, mak orang, nak bagi makan apa. 

"Alaaa ummi, makan kat kedai takpe. Ramai je hari-hari nampak orang makan kat kedai je."

Takkan nak bungkus nasi goreng, mee goreng hari-hari. Tahap tak suka memasak aku takde la sampai kritikal masuk ICU. Hari rajin, rajin jugak intai-intai dapur. Tolong potong sayur semua. Kecuali bawang sebab seulas bawang pun dah cukup untuk buatkan aku nangis esak-esak. Kalo ada 2 jenis bawang nak kena hiris, aku cepat2 amik bawang putih. Senang dan tak pedih mata. Sampai macam tu sekali. dan banyak lagi tindakan aku yang menampakkan aku memang tak suka masak dan tak pandai masak. 

Serious. Memalukan.

Tapi itu semua dulu...

Aku dah mula sedar.

Kepentingan Memasak Terhadap Wanita Hari Ini



Sekarang jadi suka sangat-sangat-sangat dan sangatnyaaa memasak. Dulu umi suh masak, tapi tak nak. Sekarang nak sangat memasak sampai umi cakap tak yah la masak. Aikkkk! Terbalik pulak. hehe.

Baru aku tahu "waaaa bestnya memasak! senang je rupanya"

Baru sekarang sedar. aisshh! Orang lain terer nak masuk masterchef dah, kau baru tercunggap-cunggap.  Baru sedar, pentingnya pandai masak, dan beruntungnya kalo pandai masak. Nanti nak bagi orang makan apa kalo tak masak. Dibuatnya balik umah mak mertua, kena masak gulai ayam ke kari ayam ke..nanges la masa tu -.- Pura-pura sakit perut masuk dalam bilik la. Hakhak.


Macam ni la budak baru belajar memasak. Lebih kurang gaya aku la tu. Buku kat tepi tak tinggal.
Haha.

Menu yang aku masak banyak merujuk kepada buku resipi chef hanieliza. Mak aku beli semata-mata nak suh aku belajar memasak. Resipi dalam buku ni senang-senang. Berlagak la pulak cakap senang haha. Tapi betul...ikut resipi mesti nyummy nyummyy! Bila da buat sekali, tau la kekurangan kat mana, nanti buat lpas ni pandai-pandai la edit.

 Terima kasih kak Hanieliza sebab banyak membantu saye dalam dunia masakan.












Ya Allah, Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, Berikanlah aku keyakinan bahawa takdirmu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirMu kerana aku yakin dan percaya, perancanganMu yang terbaik dan terindah untukku.







Saturday 8 March 2014

Pray For MH370



Hoping for miracles.
... my pray for you MH370 passengers and crew's.




MH370
please come back!!!!


Only Allah S.W.T know what really happened......

  Ya Allah, lindungilah mereka semua. Selamatkanlah mereka.. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Monday 24 February 2014

Miss all my kids

The mediocre teacher tells.
The good teacher explains.
The superior teacher demonstrates.
The great teacher inspires.


I miss you all, my dear students.
=(

Practicum 1:
Sekolah Kebangsaan Seri Permai











Practicum 2:
 Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu










Practicum 3:
 Sekolah Kebangsaan Jawi













Saturday 22 February 2014

Mengapa ada Susah dan Senang?

Hidup ini merupakan pentas ujian. Semua manusia diuji mengikut iman dan kemampuan masing-masing. 

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini.

Ketika mendapat ujian serta musibah hendaklah kita bersabar menahan perasaan sehingga menerima apa yang telah Allah takdirkan, menahan lisan sehingga tidak mengucapkan perkataan kecuali yang diredhai Allah, menahan anggota tubuh sehingga tidak melakukan kecuali yang diredhai Allah meskipun ujian dan dugaan yang bertubi-tubi menimpa.

Tabahlah duhai hati bila engkau diuji. Sesungguhnya ujian, dugaan dan cabaran yang datang merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak ada siapa pun antara kita yang mampu menghalang ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.
 
Allah taala berfirman: 

Kesabaran merupakan perkara yang amat dicintai Allah dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Imran.


Tatkala ujian dan dugaan yang menimpa, kita akan tertanya pada diri "mengapa aku?" "mengapa agaknya jadi begini". Kadang-kadang tertanya juga dalam hati mengapakah ujian seberat ini menimpa diri sedangkan kadangkala kita terlupa bahawa.


Oleh yang demikian, janganlah kita merasa kecewa dan sedih dengan ujian yang menimpa diri kita kerana Allah telah berjanji dalam firmanNya:


Hanya kepadaMu ya Allah aku berharap.



Terkadang hati memikirkan  bahawa diri ini sudah tidak dapat bertahan lagi kerana ujian yang menimpa, namun, kejutkanlah hati dengan semangat.











Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah.
Redha dan pasrah.

Maafkan aku bila hasratku keliru.

Jika aku menyakiti hatimu,
bukan niatku menyakitimu,
bukan niatku melukakanmu
maafkan aku -.-



Sunday 12 January 2014

PENANG STREET ARTS

Assalamualaikum semua :)

Amboi...amboi...kemain. Mentang-mentang la sekarang cerita Ariana Rose, lagu terus tukar. Tiba-tiba terpukau dengan suara Dayang Nurfaizah. Best pulak lagu ni. Semua kerana Ariana Rose laa ^_^

Bila kat rumah, rindu maktab. Bila kat maktab, rindu rumah.


Suddenly, I miss Penang. Huhuk..Penang is a beautiful country, of course with the beautiful people also. It carries a natural beauty and cultural like no other place. We can get everything here. Kalau bab makanan, mengidam nak makan apa semua apa, masakan Melayu, Mamak, Cina, India, Jepun dan semua nya boleh didapati. Nak makan tu make sure halal tau. Hehe! Every year, thousands of visitors come here to experience the unique cultural heritage and scenery. It is also a very cosmopilitan city, perhaps the second  busiest in the country after Kuala Lumpur. See....hebatkan Penang. :D

Mai cheq nak habaqqqq mai!

Bagi sesiapa yang merancang percutian untuk ke Penang, jangan lupa singgah di Street art ye! Lokasinya area Little India, jalan nak ke Padang Kota. Alang-alang pekena pasemboqqq, p la amik gambaq jalan-jalan kat kat sini. Kenapa dalam banyak-banyak tempat kat Penang, kat sini aku suggestkan? Memang banyak tempat menarik kalo nak melawat kat sini. Bukit Bendera, Taman Rama-Rama, Batu Feringgi, Toy Museum, Kek Lok Si Temple, Penang Road, Fort Cornwallis, Teluk Bahang dan banyaaaaaak lagi tempat menarik kat sini. Pergi semua tau. Penang Street Art aku rasa macam unik sangat. Bila korang pergi pun korang maybe akan rasa, "wOoOoow" cantiknyaaa! Kat sini ada macam-macam lukisan yang menarik. For sure sangat superb uolsssss. Boleh terlopong mulut bila tengok. Impresss jap! Sepanjang 5 tahun setengah aku kat sini, boleh pulak 2 minggu nak tinggalkan Penang baru aku pergi. Takpa la, sekurang-kurangnya sampai juga. Tempat ni memang unik kalo para photographer nak tembak-tembak.

 Pergi jangan tak pergi okay :)

Antara lukisan yang terdapat kat sini.
*pic daripada encik puan google, yang aku nye amik tak cantik camni, mana taknya nak fokus pada org lam gambar bukan pada wall. hehe.







Kalau nak pergi, aku suggestkan korang pergi pagi atau petang. Kalau tengahari, panas sket. Amik gambar mata sepet tapi kalo pakai sunglass boley je :) Kat sini ada perkhimatan sewa basikal. Sebab lukisan ini bukan satu tempat je, korang kena pergi jalan-jalan banyak bangunan baru jumpa. Harga aku tak pasti sebab hari itu tak sewa pun. Macam mana nak naik basikal dah gatal pergi pakai kain. Huhuk. -,-



sekian saja dari penang street arts. jumpa lagi. bye bye!