Sunday 12 April 2015

#SibuChecked

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Acecece macam skema je kan? Lama sangat - sangat rasanya tak menulis dalam blog ni. 

Sepanjang setahun kat Sarawak ni, berapa tempat je yang aku dah pergi. Cuti banyak-banyak panjang-panjang aku prefer untuk balik ke semenanjung. Mana la sempat nak berjalan - jalan. Maklumlah terlebih manja. :p Kalau diberi pilihan balik atau berjalan, of course aku akan pilih balik.  

Sebenranya nak kongsikan cerita hujung minggu haritu. Disebabkan cuti 4 hari. Sarawak je yang cuti sebab hari Good Friday dan Eater Monday.  Nak balik semenanjung tiket mahal sangat - sangat. Sik mampu. Jadi, aku plan nak manjakan diri kat rumah je. Nak bermalas malasan. Tido makan tido makan. Tapi, perancangan aku tu tak jadi. Tiba-tiba kawan aku dari saratok cakap nak ajak jalan Sibu. So apa lagi, aku ON je.

Sebenarnya tak tahu nak jalan mana. Sebab plan nak balik hari je. Lepas tu tanya kawan-kawan, then ada beberapa tempat yang dorang cadangkan. Kitaorg pun siap google lagi sebab memang tak tahu sangat nak jalan ke mana. Nak-nak macam aku orang pendalaman lagi la tak tahu tempat kat sini.

Setelah cari tanya orang dsb, kitaorg listkan mana tempat nak pergi. Tempat pertama yang kitaorang pergi namanya Yun Lung San Tien En Si. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam sejam lebih dari rumah Taman Bintang iaitu rumah aku stay weekend je. Nak masuk sini free je. Tak kenakan bayaran apa-apa pun.

Haaaa..ala-ala Beijing x? ;)













Kitaorg pergi berempat. Sorang kawan baik aku sejak maktab lagi, sorang lagi dari ipg kampus sultan mizan dan sorang lagi kampus bahasa antarabangsa. Walaupun kitaorang baru kenal, tapi dah rapat sangat-sangat macam satu maktab 5 tahun 5 bulan :)

Yang syoknya bergambar sebab ada uncle yang tiba-tiba cakap nak tolong ambil gambar kami. Mungkin sebab nampak kami gigih setup kamera buat selftimer. Haha. Nampak sangat kan....

Lepas tu kitaorg pergi jalan ke Lake Garden. Tak tahu pun kewujudan tempat ni sebenarnya. Pastu nampak signboard macam menarik. Tak tahu masuk celah lorong mana kitaorg pakai waze je nak sampai tempat tu. Sebab nampak signboard semata-mata tak tunjuk arah ke mana. Akhirnya sampai la ke Lake Garden.





Disebabkan memang dah cakap nak jalan suka- suka je harini, tak nak masuk mall. So, kitaorg plan nak pergi semua taman-taman. Jalan-jalan je. Lepas makan sembahyang kitaorg pergi Bukit Aup. Bukit Aup ni femes jugak akt Sibu ni. Kalau google mesti ada suggest tempat ni. Sebenarnya aku dah pernah pergi masa mula sampai sini, senior bawak jalan ke Bukit Aup. Tapi sebab tak tahu nak jalan mana, tambah ezy kak ya dan aja belum pernah sampai sini lagi. Bukit Aup ni tempat nak joging nak bersiar-siar dan sebagainya.







Jam 6 petang kitaorg dah bertolak balik dari Sibu ke Bintangor. Malam tu kitaorng spent masa bersama sama. Pillow talk gituuuu. Banyak sangat cerita dikongsikan. About school, friends, newlife, pupils etc.

Lepas makan pagi, ezy, kak ya dan aja balik ke Saratok. Thank you so much korang sudi datang sini. Lain kali dorang plan nak ke Mupong Ulin iaitu sekolah aku. Saja nak bagi peluang rasa naik bot, jalan rumah panjang, mandi sungai dan memancing. hehe. Saja nak kongsikan pengalaman sama-sama. Kata orang, alang-alang duduk Sarawak, kalau tak rasa naik bot, macam x best je. ;)


Alhamdulillah for this trip. Next?