Monday 30 December 2013

NEVER SAY GOOD BYE | 2013

Bismillahirahmanirrahim...

Allhamdulillah..tinggal beberapa jam lagi 2013 akan meninggalkan kita semua...
Pelbagai kenangan yang indah dicoretkan sepanjang  tahun ini.
Alhamdulillah ya Allah...atas kurniaanMu ini...
terlalu indah aturan Allah.terlalu hebat perancanganNya. 
Jauh sekali berbeda dengan rancangan hidupku. 

Disebalik kesusahan yang dilalui, akhirnya Allah iringkan dengan kesenangan.
Disebalik keperitan yang ditempuhi, akhirnya Allah iringkan dengan kemanisan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku bersyukur kerana dihadirkan keluarga yang sangat menyayangi, sahabat yang sentiasa memberi sokongan pagi petang siang malam. Susah dilalui bersama. Senangan  dilalui bersama.
 Ini lah kawan yang sejati, yang dicari. 

Ya Allah, kenangan di IPG terlalu indah.

Alhamdulillah 5 tahun 5 bulan sepanjang berada di maktab aku tak pernah bergaduh dengan sesiapa. Kecil hati itu lain cerita. Tapi nak bergaduh, tengking menengking, yang ntahpape tak pernah lagi dan harapan aku sepanjang aku mengenali erti sahabat, aku tak berpeluang untuk kenal erti pergaduhan. Kerana sahabat itu terlalu INDAH. bukan untuk dipermainkan dan bukan untuk dipersiakan. 


Tahun ini, aku dah habis belajar. In sha Allah tahun depan dah mula kerjaya sebagai seorang guru.
Dengar desas desus orang bicara, posting bulan Januari ini.
Sama-sama kita doakan agar ia realiti.
*eh2! nak jadi cikgu dah. debar-debar lak rasenya ^_^

dulu cikgu main-main dalam kelas (pengajaran didik hibur lah katakan) nanti, jadi cikgu betul-betul?
aummmmmmmm!


interview pun dah selesai baru-baru ni. 
lepas interview, terus pergi alamanda.
interview di putrajaya la katakan.
terengganu mana ada alamanda hehe!
 











Thursday 19 December 2013

MAY ALLAH EASE OUR WAY







I try my best
and Allah will take care for the rest
May Allah smooth my way to be interview
amin




Saturday 23 November 2013

FAREWELL PARTY @FULLHOUSE PENANG TIME SQUARE

Sebagai jamuan untuk terakhir kalinya bersama my lovelies fatihah dan khairiyah, kitaorang ada satu permainan yang hebat dimana setiap orang dikehendaki belanja makan dengan harga yang telah ditetapkan. Weehuuuu. Permainan ini sangat hebat sehinggakan aku buntu nak belanja nak makan apa. Kalau boley tempat tu belum pernah pergi.

Setelah fikir punya fikir, google punya google, bukak blog orang sana sini nak tau feedback tentang makanan apa yang best yang boleh didapati di Pulau Pinang, nak makan nasi kandar, aku tak makan, nak makan pasemboq, hmmm tak teringin pulak,nak makan seoul garden, dah pernah pergi finally aku buat je keputusan nak pergi Full House. Even au dapat feedback yang kureng memberangsangkan, tapi rasa macam nak pergi jugak. Sebab tempat ni macam comel je, macam comel je.=)

However, I'm sure many of you are familiar with this cafe =)




Sampai di Full House Lifestyle Store and Cafe, 
macam takde orang je, macam tak sedap ke haa haa?

Restaurant ni 2 tingkat, kat bawah makan, kat atas jual baju-baju, accesories etc. Kat atas tu kalo nak buat birthday party ke, atau apa-apa party boley la sebab ada disediakan ruang untuk buffet.

Ruginya kitaorang sampai kat sini jam 4 petang, kalo sampai awal sket boley amik set lunch je. Sebab untuk lunch price sampai jam 3.30 p.m. Mula la gelabah nak makan apa tak tahu -.- Aku pernah baca dalam blog orang cakap chicken chop dia best. Pas tengok menu yang ada, aku pilih nak makan carbonara spicy. Kalo korang nak  survey makanan kat sini, boleh ke sini. 


 
Price kat sini takde la sangat-sangat mahal. Still affordable rasanya. For me, untuk kenyang tak la kot. Tapi untuk saja suka lepak-lepak dengan kawan okay la =) Mungkin jenis perut tak bolehh berpisah dengan nasi. 

Hehe!


 Pening la sangat study buku menu ni, akhirnya yang kitaorg pilih: 



SPICY CARBONARA (RM15.90)
Spaghetti with turkey ham, mushroom, asian green, hard-bolied egg and cheese in creamy and spicy sauce.

2 set of HOUSE BLAND MASALA SPICE CHICKEN CHOP (RM16.90)
Grilled chicken chop served  with mashed potatoes, daily vegetable and masala sauce.

 DURIAN COFFEE (RM4.90)

KIWI VANILLA (RM8.90)




 Lepas makan-makan, then...
(baik-baik pekerja kat sini, dorang la amik gambar kami)










Even tak kenyang sangat,
 Tapi best jugak dapat amik gambar banyak-banyak.

I can't wait for our next reunion.
Miss you all so much.

Dear bestfriends,
please stay in my life forever because you're one of the best things to ever happen to me.
I LOVE YOU ALL SO MUCH.
 

Wednesday 20 November 2013

MY LOVE IPG KAMPUS PULAU PINANG

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Taman sudah my degree. Syukur pada Allah. Perjuangan selama 5 tahun 5 bulan sudah sampai ke penamatnya. Rasa macam tak percaya pun ada. Dah habis belajar? Eh? Eh? Finally, da habis!

Anyhow, alhamdulillah sangat-sangat. Terima kasih Allah atas peluang dan pertemuan yang kau kurniakan ini.

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
the place where the great teacher are born

5 tahun 5 bulan. Satu tempoh yang agak panjang. Ingat anak pensyarah mula-mula jumpa dulu kecik lagi, tapi sekarang dah sekolah, dah besar. Masa mula masuk maktab dulu, rasa macam lamanya aku nak kena belajar kat sini. Rumah dah la jauh. Tade pulak sanak saudara yang berdekatan. Yang jadi kekuatan, semangat, sokongan, hanyalah kawan-kawan disisi. Hmmm. dari semester ke semester, menghitung masa. Tak sabarnya nak habis. Aku sangat seronok berada di IPGKPP, dari dulu sampai sekarang, sejak pakai spek yang tade bikar, pastu bikar separuh, pastu bikar penuh, pastu pakai lens. Macam-macam lah kau ni kan. Pastu dari badan yang gemuk gedempol, macam cerita Cinta Kolesterol pun ade. Sampai sekarang, nak kata kurus sangat tu tipu lah kan. Dari malu-malu, sampai sekarang over tak malu pun ade.  Bila saat terakhir, kat fb semua orang dah post sedih-sedih, seminggu sebelum packing barang aku dah nangis. Baru sedar, semua orang dah nak pergi, termasuk lah aku. Bila lagi kita semua dapat bersama kawan-kawan. Banyak sangat-sangat suka duka yang kita kongsi bersama. Lepas ni semua orang dah bawak haluan masing-masing. Masing-masing dah mula ada family. Nanti nak jumpa mesti susah dah kan. Sedihnya hati -.-


Aku ingat lagi mula-mula daftar dulu, orang pertama aku jumpa adalah Siti Nurfatihah. Masa jumpa tu rasa macam over friendly pulak. Cakap macam dah kenal lama. Kebetulan teha kenal ramai orang yang aku kenal jugak masa kat matrik dulu.So apa lagi, pot pet tak henti la. Masuk asrama, tup-tup satu floor dengan teha. Yeay sangat-sangat! Dari awal masuk maktab, floormate tak pernah berubah, even ditukarkan ke paras lain, kitaorg tetap berjuang untuk jadi floormate. Alhamdulillah ya Allah, kau kurniakan orang-orang yang berhati mulia disisiku. Sejak ku mula jejakkan kaki ke sini, hingga saat aku keluar meninggalkan IPG ini. Terima kasih teha untuk jadi kawan yang terbaik.  My greatest friend, my greatest practicumate, my greatest housemate and everything I can't describe is youuuu. Kita nangis bersama, gelak ketawa bersama, hutang piutang pun bersama. Hehek.



Tapi sekarang, setelah 5 tahun 5 bulan. Aku sayang sangat-sangat kawan aku kat sini. Tanpa mereka semua, aku tak tahu macam mana terjadi pada diri aku. Yea. Aku bukan seorang yang boleh berdikari. Aku amat memerlukan sokongan daripada kawan-kawan dalam apa jua yang aku buat sekalipun. Banyak sangat kenangan yang aku tinggalkan di sini. Dari awal pagi masuk gate maktab sampai lewat malam keluar pergi hospital. Kengkawan dukung dari aras 3 bawak turun bawah sebab takley jalan. Can youalls imagine bertapa beratnya badan aku untuk diangkat oleh wanita. hehek. Bila time aku demam, satu kelas tdo dalam bilik aku, jaga aku, siap ada shift lagi untuk berjaga, bagi makan ubat, makan nasi. Setiap saat, kawan-kawan macam adik beradik. Susah senang dilalui bersama.

Indahnya persahabatan ini

Ya Allah.
Aku pasti akan merindui kenangan terindah ini. :'(
Buah hati, cinta hati.

Great friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget.

Tak terasa bila pergi, tapi sayunya bila kita dah tak kembali :'(

We're best friends. Always remember that. If you fall, I will pick you up.

I love you as I started, today and forever.


Thursday 3 October 2013

Saturday 21 September 2013

MY BIRTHDAY. YOUR BIRTHDAY. OUR BIRTHDAY.



Assalamualaikum dan happy weekend! =)

Semalam semasa kemas mengkemas file dalam laptop, then terjumpa la folder 'my birthday'. It is so exciting you know, to remember back all those sweet memories together with the lovely friendssss. Today, I would like to share my birthday moment while i'm here, IPG Kampus Pulau Pinang. 5 tahun setengah jadi tua kat sini. Tua ke? Muda lagi ;)

For me, birthday is the most precious date in my life. Sekarang maybe tarikh birthday yang penting, after this, maybe akad nikah pulak kan. Sebab neves2 nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Haha! (X0X0) phewh phewh. Bab-bab tarikh aku memang alert. Tak tahu nak classify yang jenis macam mana. Tapi if ada sesuatu yang memang meninggalkan memory terhebat, memang aku pegang kuat-kuat dalam otak. Cewah! Ramai je yang bagi mereka, birthday je pun. Tapi aku, pelik binti ajaib. Kalo boley tamo sampain11.59 malam. Macam over je nak kau sorang. Kesian orang yang birthdaynya 18 Februari. =p


17 FEBRUARI 2011
For this year, my friend ask me to accompany her to cafe after usrah. I was so happy because I can eat roti canai too. Feveret eh? Takpun. =p Actually, the stall was recently opened. The 'roti canai' sangat sedap. Nyummmy nyummmy! Bab makan memang laju kan. Tengah malam lagi sedap.  After usrah with kak anis kat surau blok, I went back to my room to change my cloth (takkan nak pakai baju tido) and my friend ask me to pakai cantik-cantik. Aikk???Kenapa pulak ezi? Kan nak pegi kafe je. However, I managed myself look pretty dengan calit bedak sket-sket. Bedak johnson baby je. Tak la nampak kusam sangat macam muka ngantuk ann annn. Kira cantik la tu! hehek. Depan blok kat sini, ada satu kerusi batu, celah pokok. Suddenly, I heard peoples nyanyi  SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI FATIN...SELAMAT HARI JADI... It was suprised me when I turn back and that was my friendssss! Waaaa...serious terkejut ramai yang menyorok. Dengan cupcakenya yang sangat comel. Warna pink putih sedap manis menarik memukaukan (tak tahu nak desribe macam mana sebab sangat superb). Gambar pulak tadek =.= Memang terharu. Senyum sampai habis nampak gigi semata-mata. Hiks. Thank you so much girlfriends! Sayang sangat! Thank you everyone for the doa and support.



17 FEBRUARI 2012
  
Can you imagine guys when your room full with the balloons? Seronok tak? Haha. Rasa macam budak comel dalam kindergarten. Actually that night I slept quite early. Around 11.58 p.m dah tarik selimut. Bagitau kat roomate "Tdo dulu erk." roomate pun senyum ada makna gitu. Then 11.59 p.m, I heard slippers and sounds in front of my room. "Ni mesti budak-budak ni" *buat-buat tido lagi. Pastu roomate bukak pintu, tengok-tengok penuh orang depan bilik. Tak tergambar dengan kata-kata melihat penuh kawan kat depan, macam satu blok. Ni macam fan club fanara levyu ni ;) heeee...Thanks to everyone, everyone,everyone yang made effort wish and anything. May Allah showers all of you with much love and blessing. I love you so much more than I can said. 2 3 4 hari jugak belon penuh lam bilik. Seronok aww awww.  Allah is the greatest. For loving me, For giving me people to love and for making me feel loved. :') Indahnya persahabatan ini.










My birthday and Koyah bulan yang sama. But she 7th and I'm 17th. And this year we all nak celebrate birthday Koyah kat pantai. Actually, that is Koyah's someone special plan. He asked me to cooperate with him to make koyah happyyyy! It's really secret. Memang plan yang terbaikkkkk punya. I didn't tell Koyah at all. It's quite big party untuk Koyah. Untong Koyah ada orang sayang. Heeee =D Siap aku ajak floormate masak-masak sebab nak pegi picnic kat pantai. Beli makanan banyaknya. Kek aku suruh koyah punya ehem2 yang belikan sebab kalau pegi beli kantoi la nak celebrate birthday dia kan. Kitaorg dah sampai kat pantai. Dah suka-suka amik gambar. I got msg from safuan, he told me that he already arrived. . Aku apa lagi..larikan diri daripada koyah...cepat2 cari, pastu gtaw suruh bukak kek tu.he said JANGAN. JANGAN. .tapi aku kata bukak jugak..pasang liling..bagi koyah terharu...bukak-bukak kek, tengok-tengok Happy Birthday and my name also. EeEeEeh! nape pulak ni? Takpe2. koyah tunggu kat bawah,bawakkan kek cepat..dan safuan tolong bawak bunga. Tanpa hiraukan nama yang silap tu. sampai la dekat ramai-ramai, tengok- tengok, kawan-kawan nyanyi. HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO FATIN NASUHA...ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN FATIN NASUHA, ALLAH SELAMATKAN KAMU....Compius compius compius..eh ni Hari jadi sape sebenarnya?..Ghupe-ghupenya birthday aku jugak yang dorang sambutkan. Ya Allah, speechless. Bunga yang aku suruh safuan pegang tadi pun sebenarnya untuk aku. Lagi tak tahu nak kata apa. I thank Allah for everything. I'm grateful for having families and friends around who never stop supporting me. Yes. Allah is the most loving. 









17 FEBRUARI 2013
I celebrated my birthday this year during practicum. I didn't know what my friend planned for me. Tapi aku dapat agak yang akan ada something. It was very hectic week. My body was so tired. I preferred to sleep all the evening. My everyday timetable is packed with school activities sampai 5pm everyday. Sampai tak sedar apa-apa. Letih sangat. Magrib aku turun bawah sebab nak tengok cerita pukul 7. Wuwuwuwuw. I realised that one of my housemate not around.  "Aikkk! Pelik semacam ni bila teha yang takder. Mana pulak dia pergi". Fortunately, terbaca msg teha masuk kat phone Ainun.  Kantoiiii...Rupanya teha kuar dengan koyah. Pergi mana wallahua'lam. Tapi aku bau bau ada permainan  yang akan berlaku malam ni.

I was quaratined for so long hours. Tak boleh keluar bilik sehingga diarahkan. Dahla semua orang kat bawah. Aku je yang kat atas sorang-sorang. Seram sejuk jugak. Dapat msg dorg baru boley keluar.. Lama dorang buat kat bawah tu. Aku agak dorang akan masak ikan singgang takpun masak lemak cili padi  untuk aku sebab itu adalah makanan feberet. Pastu tentu dorang akan hidangkan ulam-ulam dengan banyaknya. Sedapnyaaa. Bisik hati sorang-sorang.

Bila dah dapat meseg. Ini bermakna aku dah bebas dari kuarantine. Yeayyyy! Yeaayyyy! Aku dan boleh bukak pintu bilik. Terngamam. Gelapppp.. Apa lagi. Tempikk la haha! Yang seramnya aku kena turun ke bawah ikut arahan. Mulanya kena masuk bilik Piqa dan Ainun. Dahla masterbedroom. Besar pulak tu. Gelap. Jauh pulak nak berjalan. Aiyokk. Ada tugasan dalam bilik PiqaAinun. I continued my journey...to the centre of the earth macam. Sampai kat tangga ada cupcake. Sweetnya kek ni. Aku bawak sekali turun kat bawah. Bila turun sampai bawah. Dorang nyanyi. HAPPY BIRTHDAY TO YOU! ALLAH SELAMATKAN KAMU! Memang betul2 party di tengah malam. Makanan atas meja banyak sangat. Rupanya dorang masak stimboat. So delicious friend! It’s been an amazing day and I feel so special! With the banners too.. Sayangnya kat korang Ya Allah. Semoga Allah tautkan hati kita sampai bila-bila untuk bersahabat. Thankyou soooo much for everyone who celebrated my birthday. You guys made my day again!  Thank you everyone for your prayers and wishes. Thank you, just thank you so much!








17 FEBRUARI 2014


mesti sorang-sorang.




Berakhir sudah 17 Februari di IPG. =(

Bakal merindui.

Getting better. Esok viva. Doakan saya kawan-kawan. =)

Love, budak hidung kembang. pipi kembang.




Saturday 7 September 2013

TELUK TEMPOYAK WITH LOVE

Assalamualaikum.

Hari ini, 8 September 2013. pergi jenjalan dengan kengkawan. Makan - makan. Suka suki. Semester akhir lah katakan. Plan punya plan hampir 2 minggu. Hari ni baru berpeluang nak pergi. Last week busy giler dengan esemen semua. Hari ini baru boleh bernafas dengan leganya. Alhamdulillah. Tapi ada banyak lagi yang menanti =) Takpe la. Tinggal 2 bulan je lagi. Nak spend masa puas-puas yang penuh dengan pengalaman manis dengan classmates tersayang. Meaaaawwww!


Kitaorg kan pergi makan dekat RESTORAN SERI IDAMAN, TELOK TEMPOYAK.
RATE: *****

Teluk tempoyak memang femes dengan Tomyam kelapa. Sekali cuba memang nak lagi. Addicted gitewww! Last aku datang sini tahun lepas rasanya. Lama dah tak berkunjung ke sini. Hari ini pergi terus terjah kaunter cakap 'akak! nak tomyam kelapa erk' . Punya eksaited nak tunjuk kat classmates keunikan tomyam kelapa ni. Tup tup akak tu cakap 'Sorry dik, tomyam kelapa tade'. :(
 *gambar tahun lepas*
Apa yang uniknya tomyam kelapa ni? Sedap sangat ke sampai nak makan sangat tu?

Best! Sangat-sangat! sebab rasa macam air kelapa tapi versi tomyam. Air kelapa kan best. Nak2 orang yang macam aku yang semamangnya suka gile dengan air kelapa. Rasa nya sedap lemak berkrim. Cara nak buat mudah je sebenarnya, kita masak macam biasa je tomyam tu, tapi replace air biasa dengan air kelapa. 

Try la buat. Nyummmm. Confirm jilat jari.



Lepas makan kitaorg pergi jalan Queensbay Mall pulak. Love is all around with my love classmates. Forever!

 
 


 ini yang kawan kite belanja!
tima taceeeeh tawan tite yang tomey syuhada <3







sekian, fanaraloveyou