Monday 30 December 2013

NEVER SAY GOOD BYE | 2013

Bismillahirahmanirrahim...

Allhamdulillah..tinggal beberapa jam lagi 2013 akan meninggalkan kita semua...
Pelbagai kenangan yang indah dicoretkan sepanjang  tahun ini.
Alhamdulillah ya Allah...atas kurniaanMu ini...
terlalu indah aturan Allah.terlalu hebat perancanganNya. 
Jauh sekali berbeda dengan rancangan hidupku. 

Disebalik kesusahan yang dilalui, akhirnya Allah iringkan dengan kesenangan.
Disebalik keperitan yang ditempuhi, akhirnya Allah iringkan dengan kemanisan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku bersyukur kerana dihadirkan keluarga yang sangat menyayangi, sahabat yang sentiasa memberi sokongan pagi petang siang malam. Susah dilalui bersama. Senangan  dilalui bersama.
 Ini lah kawan yang sejati, yang dicari. 

Ya Allah, kenangan di IPG terlalu indah.

Alhamdulillah 5 tahun 5 bulan sepanjang berada di maktab aku tak pernah bergaduh dengan sesiapa. Kecil hati itu lain cerita. Tapi nak bergaduh, tengking menengking, yang ntahpape tak pernah lagi dan harapan aku sepanjang aku mengenali erti sahabat, aku tak berpeluang untuk kenal erti pergaduhan. Kerana sahabat itu terlalu INDAH. bukan untuk dipermainkan dan bukan untuk dipersiakan. 


Tahun ini, aku dah habis belajar. In sha Allah tahun depan dah mula kerjaya sebagai seorang guru.
Dengar desas desus orang bicara, posting bulan Januari ini.
Sama-sama kita doakan agar ia realiti.
*eh2! nak jadi cikgu dah. debar-debar lak rasenya ^_^

dulu cikgu main-main dalam kelas (pengajaran didik hibur lah katakan) nanti, jadi cikgu betul-betul?
aummmmmmmm!


interview pun dah selesai baru-baru ni. 
lepas interview, terus pergi alamanda.
interview di putrajaya la katakan.
terengganu mana ada alamanda hehe!
 











Thursday 19 December 2013

MAY ALLAH EASE OUR WAY







I try my best
and Allah will take care for the rest
May Allah smooth my way to be interview
amin