Saturday 15 March 2014

Dulu Benci Sekarang Suka

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!


Haaaa...dah bangun tidur ke belum ni? anak dara teruna tak elok bangun lewat-lewat tau! cepat2 bangun!
 Hehe.

Semua orang mesti pernah alami situasi macam ni kan kan? 

Kadang-kadang perkara yang kita benci sangat, lama-lama kita akan suka dan kadang-kadang perkara yang kita suka sangat, lama-lama kita akan jadi benci.

Betul betul betul (upin ipin sangat mak jemahh)

Beberapa tahun yang lalu, aku merupakan seorang anak sulung perempuan yang sangat-sangat-sangat-sangat dan sangatnya tak suka memasak. Masuk dapur cari makanan rajin sangat, bukak peti ais lagi la rajin, tapi kalo nak suruh pegang senduk, sudip, kuali kiranya memang tak laaaa. Sampai kadang mak aku risau pulak takut nanti sampai ke besarnya tak pandai masak. Alahai...goreng telur boley la. Tu pun tak menjadi sangat mata kerbaunya. Nasi goreng apatah lagi. HANGIT!

 Macam mana nanti jadi isteri orang, mak orang, nak bagi makan apa. 

"Alaaa ummi, makan kat kedai takpe. Ramai je hari-hari nampak orang makan kat kedai je."

Takkan nak bungkus nasi goreng, mee goreng hari-hari. Tahap tak suka memasak aku takde la sampai kritikal masuk ICU. Hari rajin, rajin jugak intai-intai dapur. Tolong potong sayur semua. Kecuali bawang sebab seulas bawang pun dah cukup untuk buatkan aku nangis esak-esak. Kalo ada 2 jenis bawang nak kena hiris, aku cepat2 amik bawang putih. Senang dan tak pedih mata. Sampai macam tu sekali. dan banyak lagi tindakan aku yang menampakkan aku memang tak suka masak dan tak pandai masak. 

Serious. Memalukan.

Tapi itu semua dulu...

Aku dah mula sedar.

Kepentingan Memasak Terhadap Wanita Hari Ini



Sekarang jadi suka sangat-sangat-sangat dan sangatnyaaa memasak. Dulu umi suh masak, tapi tak nak. Sekarang nak sangat memasak sampai umi cakap tak yah la masak. Aikkkk! Terbalik pulak. hehe.

Baru aku tahu "waaaa bestnya memasak! senang je rupanya"

Baru sekarang sedar. aisshh! Orang lain terer nak masuk masterchef dah, kau baru tercunggap-cunggap.  Baru sedar, pentingnya pandai masak, dan beruntungnya kalo pandai masak. Nanti nak bagi orang makan apa kalo tak masak. Dibuatnya balik umah mak mertua, kena masak gulai ayam ke kari ayam ke..nanges la masa tu -.- Pura-pura sakit perut masuk dalam bilik la. Hakhak.


Macam ni la budak baru belajar memasak. Lebih kurang gaya aku la tu. Buku kat tepi tak tinggal.
Haha.

Menu yang aku masak banyak merujuk kepada buku resipi chef hanieliza. Mak aku beli semata-mata nak suh aku belajar memasak. Resipi dalam buku ni senang-senang. Berlagak la pulak cakap senang haha. Tapi betul...ikut resipi mesti nyummy nyummyy! Bila da buat sekali, tau la kekurangan kat mana, nanti buat lpas ni pandai-pandai la edit.

 Terima kasih kak Hanieliza sebab banyak membantu saye dalam dunia masakan.












Ya Allah, Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, Berikanlah aku keyakinan bahawa takdirmu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirMu kerana aku yakin dan percaya, perancanganMu yang terbaik dan terindah untukku.







1 comment: