Saturday 20 July 2013

DIARY 6: PULAU JEREJAK AND IT'S BEAUTY

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar. Pulau Jerejak kini boleh dipergi dengan menaiki feri kecil dari Jeti untuk ke Pulau Jerejak yang berhampiran dengan Queensbay Mall. Sekejap je kita akan naik bot ni, dalam 15-20 minit macam tu saja. Pernah korang tahu bahawa  Pulau Jerejak dahulunya dijadikan sebagai pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang? Macam seram. keh3. Pada akhir dekad 1930an, sebuah hospital telah dibina dibahagian timur pulau ini.

grabbed froom google =')




Bagi yang nak pergi sekejap nak balik hari pun boleh kat sini. bagi yang nak menginap, kat sini ada
 Jerejak Resort & Spa.

Bilik-bilik di sini mampu memuatkan dua hingga lima orang. Setiap orang pasti menemui citarasa mereka di outlet makanan & minuman; Restoran Santapan, Kafe Smoothies dan Restoran Rimba baru dalam lokasi tenang bersebelahan Reading Room kami. Bagi mereka yang suka menyanyi boleh terus ke Bilik Karaoke kami yang terletak bersebelahan Rimba. Aktiviti-aktiviti cabaran di Jerejak Resort & Spa direka khusus untuk pencinta aktiviti lasak. Dari merentas hutan ke memancing, abseiling ke memanjat bukit, akan ada sesuatu yang menggembirakan tetamu.
Awal sem tahun lepas, sem 5. Akhirnya berjaya jugak sampai ke Pulau Jerejak ni. Selama ini dengan kawan-kawan cerita tentang keindahan Pulau Jerejak. Tapi alhamdulillah kali ini boleh pergi sendiri dengan ahli Persatuan PJ yang lain. Bagi yang tak pernah/ belum pernah sampai lagi, jika ada kelapangan nanti pergi la. Banyak aktiviti yang bermanfaat kita boleh lakukan kat sini. Time pergi haritu ramai jugak yang adakan Family day. Memang meriah. Padang pun tepi laut. Kalo bola laju, memang masuk dalam air weehuuuu!

 Bersama pensyarah Persatuan PJ

Eksaited sangat nak naik not haaaa.


habis tudung kelepet :p
safely arrived.
 rambut sape ntah diambil ni haha.

and...Pulau Jerejak pun sesuai jugak kalo nak honeymoon kat sini hehek.

bye!
sambung siapkan action  research
^__^

No comments:

Post a Comment