Wednesday 10 July 2013

DIARI 5: SALAM RAMADHAN AL~MUBARAK

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak!
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah ; 183)


Alhamdulillah.. bulan yang penuh barakah, Ramadhan kini kembali.


"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu," (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)



Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat di seluruh negara. Saya panjatkan syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan bagi menyambut bulan yang mulia ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dengan melipat gandakan ibadah dan kebaikan kita. Terima kasih Ya Allah kerana diberi peluang untuk menggapai rahmat dan redha-Mu dalam melipatgandakan pahala dibulan yang mulia ini untuk menuju syurga-Mu.

 Dibulan yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap. Sama ada secara sengaja mahupun tak sengaja. Semoga Ramadhan kali ini yang kita lalui merupakan Ramadhan yang terbaik dan dipenuhi dengan keberkatan.

Bulan yang mulia ini elok lah kita perbanyakkan amal ibadah kita bersama. Banyakkan amalan sunat. Semoga hidup kita lalui hari-hari berada dalam lindungan Allah s.w.t.Perbanyakkan amalan bersedekah serta amal jariah di bulan Ramadhan. Bersedekah merupakan amalan yang amat mulia dan ia menjadi kebiasaan dan kesukaan Rasulullah apabila tibanya bulan Ramadhan. Baginda memperbanyakkan amalan sunat terutamanya dengan bersedekah.

“Wahai Rasulullah: Apakah sedekah yang paling utama? Jawab Baginda: Sedekah yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan. (Riwayat Al –Tarmizi)

Menjalani ibadah puasa banyak faedah dan kelebihannya. Antaranya ialah:

Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

Allah mengkehendaki semua hambaNya memenuhi bulan Ramadhan dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya.

Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan ketertaluan.

Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.




Salam Ramadhan. =)
Semoga Allah permudahkan segalanya.


No comments:

Post a Comment